Tuesday, June 6, 2017

after a long time..

mungkin jd yg first and last di sini.. so di sini saja sharing sy. buat sesiapa yg mengenali sy, doakan kesihatan sy, karier saya, kebahagiaan sy.. inshaa allah, kita jumpa di puncak kejayaan. tk pasti akan buka atau tk blog ni pd masa akan dtg.. itu xdpt nk janji, apakan daya hati manusia kn berubah2.. kita tk tahu apa akan jd pd kita pd masa akan dtg.. mungkin still ada atau takde..  kini sy tnggalkan setakat ini saja.. Goodbye Blogger!

:)

Monday, September 26, 2016

Menjana Pendapatan Di Usia Muda

Ada sesetengah kawan aku mengatakan aku 'gila', kerana di usia awal ni aku sudah sibuk memikirkan tabungan dan risiko kewangan yg melanda dalam beberapa tahun yg akan datang.. 

Tetapi kenapa aku sibuk memikirkan soal kewangan untuk masa depan? jawapannya di sini.. pada penghujung 2014, aku diperkenalkan oleh kawan aku tentang satu program yg dapat mengubah kehidupan org biasa2 ke luar biasa. Syarikat itu bernama 'Elken' dan berada dalam kategori MLM (Multi Level Marketing).. anda tahu?

Apabila aku diberi tunjuk ajar tentang selok belok pemasaran itu, aku langsung tk berminat! sedikit pun testimoni dan kebaikan yang dia tunjukkan.. xberjaya nak menarik minat aku. tetapi aku dpt pengetahuan yang berharga kerana ketika aku hadir di HQ, coach speaker tu memberitahu aku bahawa gaji RM 2,000 tidak memadai untuk kita hidup dan berumah tangga nnti.. dan dia juga menunjukkan statistik rakyat malaysia harus membuat 2 pekerjaan untuk backup kewangan mereka.




Berdasarkan ekonomi Malaysia yg mula sakit. kita tidak boleh ubah ekonomi negara..tetapi kita boleh ubah ekonomi diri sendiri. Jadi carilah bisnes sampingan untuk backup kewangan kita supaya kita tidak terbeban..

Pada masa itu, timbullah perasaan aku untuk membuat bisnes sampingan.. walaupun Elken menawarkan platform yg cukup bagus,. tetapi aku menolak kerana struktur perniagaannya bukannya sampingan, tetapi lebih kpd full time, jika aku menerima, aku tk mempunyai masa yg banyak untuk meluangkan masa dgn keluarga dan hobi aku sndiri.



Sehinggalah pd bulan April 2014, aku diperkenalkan sebuah program Wow bernama Tone Excel, aku mengambil keputusan 5 minit saja untuk join program ini, tetapi kenapa? banyak sbb kenapa aku join tetapi aku akan menerangkan 3 sebab saja..

Yang pertama, Produk Keperluan - Kita semua tahu, handphone atau simkad sudah menjadi satu barangan keperluan untuk setiap manusia dan bukan lagi kehendak. Jadi, aku boleh menjana pendapatan sampingan tanpa menganggu pekerjaan utama aku, lagi pun kalau aku xjoin pun, aku tetap pakai handphone!

Yang kedua, Maintanance/Modal rendah - Belanja yg kita perlu keluarkan setiap bulan hanya minima RM 20 saja untuk melayakkan diri mendapatkan komisen. Modal permulaannya juga rendah, hanya RM 100 sekali seumur hidup, selepas itu melayakkan diri kita untuk meraih pendapatan sehingga 4,5 angka sebulan.

Yang ketiga, Marketnya - Begitu ramai org yang menggunakan handphone sampai hari ini, boleh dikatakan budak sekolah, orang kampung, warga emas dan kalau dikira warga asing yg datang di Malaysia ini, semua menggunakan handphone, maksudnya Prospeknya amat luas! ada ke org yang tak gunakan handphone zaman ni? mesti pelikkan mndengarnya..

Ayuh tunggu apa lagi? ikutilah jejak langkah saya membina kehidupan yg lebih indah, inshaa allah, dgn peluang menjana pendapatan sampingan ini.. kita dapat bebaskan diri kita tanpa hutang.

- Syahmi Ridzuan -

012 936 5837

Saturday, September 10, 2016

Msu College

Hi, baru2 ini.. kolej ptpl shah alam telah mengalami proses penjenamaan semula menjadi MSU college, atas permintaan ramai student2 MSU college shah alam yg mengalami masalah untuk buat cover report untuk assignment mereka kerana tiada logo baru di intrnet.. di sini sy telah mengupload kan nya haha..


Monday, July 4, 2016

Ability Vs Dream

Hye July! setelah hampir 4 minggu menempuhi bulan ramadhan, kini kita telah pun sampai ke penghujungnya. Bulan ramadhan ini juga aku melaksanakan projek akhir Diploma ku..

esok adalah hari terakhir berpuasa untuk tahun ini, semoga dpt bertemu dgn ramadhan yang akan datang.. malam ini bersamaan 12:29 am waktu ku menulis. Ingin aku curahkan serba sedikit tentang perkongsian yg cukup bermakna ini.

Ramai org mempunyai impian, siapa yg tiada impian? tetapi apa yg kita lihat pd hari ini, tidak ramai yg bersungguh2 untuk mencapai impian mereka, bermakna mereka tiada keinginan untuk mengubah kehidupan mereka skrg ke arah yg lebih baik. Memang lah rezeki itu dtg daripada Allah, tetapi rezeki itu tidak akan dtg tanpa kita mengambil dan menyahutnya.


Setiap orang mempunyai impian yg cukup besar, apabila mereka malas untuk mengubah kehidupan mereka kerana cabaran yg dtg bertubi2 dan tidak mengambil peluang yg datang hanya sekali. apakah yg akan terjadi pada impian mereka yg cukup besar ini?


Yup, mereka akan kecilkan impian mereka demi keupayaan mereka. sebagai contoh ; 

kereta idaman Ali adalah Lamborghini, tetapi akhirnya Ali beli Myvi.

Hawaii adalah destinasi percutian yg diingini Farah, tetapi akhirnya dia pergi ke Langkawi.

Rumah Bungalow adalah impian Shafik, tetapi akhirnya dia mampu beli rumah di apartment.

Inilah realiti skrg, kita hanya perlu lihat pada diri kita..adakah kita sedang mengecilkan impian kita? sebenarnya kita hidup untuk apa? siapa? kenapa?


Tidak ramai, hanya 5% orang sahaja yg berusaha untuk mencapai impiannya. Untuk mencapai impian, adakah kita perlu jadi kaya? 

jawapannya 'Ya'. apabila usaha yg kita lakukan atas niat yg betul kerana Allah SWT. Segalanya akan dipermudahkan. Kekayaan adalah segala-galanya.. lebih byk duit yang kita dapat, lebih banyak kebaikan yg kita dapat taburkan. Jadi apa tunggu lagi? capailah impian anda sekarang!



Sunday, May 29, 2016

By Myself

What do I do to ignore them behind me?
Do I follow my instincts blindly?
Do I hide my pride from these bad dreams?
And give in to sad thoughts that are maddening?
Do I sit here and try to stand it?

secara aku perhatikan, manusia datang & pergi. they say no, i say next. tetapi aku tak pernah berniat membiarkan sillaturahim itu terputus mcm itu saja. aku ingin terus mengingati mereka, berkawan dgn mereka. sometimes, orang yang dah lama kenal kita pun boleh tinggalkan kita, apatah lagi orang yg baru kita kenal? 

setiap kali perkara ini terjadi, aku tidak terus menyalahkan mereka. sebaliknya aku menyoal pada diri aku sendiri, apa yg aku silap katakan, apa aku telah buat dan apa yang mengakibatkan mereka berkecil hati, dan aku akan mengubah konsep pendirian dalam hidup aku supaya mereka senang di samping aku.. aku ingin mereka bahagia bila berkawan dengan aku.

dipetik dr kata-kata Saidina Abu Bakar 

Jadilah kamu orang yang baik, 
bila ada disukai, 
bila tiada dirindui, 
bila mati ditangisi,

Janganlah kamu jadi orang yang jahat,
bila ada dibenci,
bila tiada disukai,
bila mati disyukuri.

Allahuakbar 

Friday, May 13, 2016

Peluang untuk anda menjana pendapatan pasif!

Salam sejahtera kepada anda semua,

Di sini saya ingin memperkenalkan 1 simkad telefon yg terlalu banyak kelebihannya berbanding simkad di dunia yg ada skrg ini yang dipanggil simkad Tone Excel.


Kenapa anda perlu bertukar kpd simkad Tone Excel? 

Kerana anda akan mendapat banyak kebaikannya apabila menggunakan handphone seperti biasa!

Fungsi simkad Tone Excel sama mcm simkad yang lain. Anda boleh call, message, whatsapp, telegram, facebook & sebagainya, Bole transfer kredit, coverage nya meluas, boleh topup dengan mudah (ia menggunakan topup tunetalk). anda boleh topup di mana2 sahaja kedai yg menjual topup tunetalk termasuk di Cimbclick dan Maybank2u juga.

Daripada servis perkhidmatan, simkad Tone Excel menawarkan seperti simkad yg lain.

Di sini saya akan menerangkan kelebihan simkad Tone Excel yang TIADA pada simkad lain.

1. Setiap kali anda topup RM 30, anda akan diberi 1GB percuma data internet. Pernahkah simkad anda pakai selama ini memberi kelebihan ini?

2. Setiap kali anda topup RM 50, anda akan diberi RM 10 kredit percuma & 1.5GB percuma data internet. Pernahkah simkad anda pakai selama ini memberi kelebihan ini?

3. Bukan itu sahaja, setiap kali anda topup RM 50, bulan berikutnya anda akan diberi perlindungan insuran kemalangan yang bernilai RM 100,000 ringgit. Pernahkan simkad anda pakai selama ini memberi kelebihan ini?

4. Setiap minggu, setiap bulan, setiap tahun ada cabutan bertuah yang hadiahnya berbentuk wang, gajet, atau kereta. Pernahkan simkad anda pakai selama ini memberi kelebihan ini?

5. Setiap kali anda memperkenalkan simkad Tone Excel kepada kawan2, keluarga, atau orang lain. Anda akan diberi upah sebanyak RM 20 ringgit setiap seorang. Pernahkah simkad yang anda pakai selama ini memberi kelebihan ini?

6. Setiap kali orang di rangkaian anda topup, anda akan dapat 6%, 3%, 11% dari jumlah topup mereka. Pernahkah simkad anda guna skrg memberi kelebihan ini?

Fikirkan sejenak, berapa ringgit kah anda habiskan selama ini untuk handphone? apakah bentuk penghargaan yang anda dapat sebagai pengguna simkad Maxis,digi,celcom,U-mobile selama ini?

Adakah handphone menjadi tanggungan duit keluar? jika Ya. saya akan ajar anda semua bagaimana untuk menjadikan handphone sebagai pendapatan sampingan atau aset duit masuk.

Saya akan terangkan kpd anda secara teliti tentang simkad Tone Excel.

Berminat? tinggalkan respon anda di ruang komen, anda boleh menghubungi saya.

"Prepaid that pays."  

Sunday, April 10, 2016

Semester 4's story..


result sem lepas telah pun keluar,, meski pun tak berpuas hati dengan pointer yg diberi, dalam diam aku cukup bersyukur kerana effort aku kali ini ternyata berbaloi. maybe ini hanya permulaan untuk menuju success yang benar2 success! aku harus bekerja keras untuk capai objektif yg sebenar di kolej.

pertama kali aku ingin mengucapkan terima kasih kpd Razzuan kerana memberi kepercayaan kpd aku untuk mengarah & menulis skrip untuk citer Janji, even pd awalnya, aku menganggap bahawa kerja macam ni aku akan menganggu pelajaran aku. tetapi aku tetap bersikap positif kerana bila difikirkan balik..ini adalah satu peluang & challenge untuk aku mengasah bakat. Sejak itu..aku belajar untuk membahagikan masa & teruskan komitmen pd keseleruhan subjek sebaik mungkin.

Setinggi2 penghargaan yg tak terhingga ku tujukan buat lecturer aku Sir Ahmad Syafiq.. bila diingatkan balik, assignment dia yg aku siapkan tak adalah perfect sgt & ada jgk tercicir sikit (hehe sorry sir!) sebab tak lengkap.. tp aku tetap meraih 4flat bg subjek dia. maybe ini ganjaran yg dia beri kpd aku kerana tanggungjawab aq merealisasikan filem Janji tu.. 

Semester 4 bukanlah sem yg ringan bg aku & ..kwn2 aku pun akan beranggapan mcm tu jgk. firstly, sem tu kitorang byk sangat aktiviti.. class pun ada tak ada je sbb aktiviti yg berlangsung masa tu.. 6 subjek aku perlu amik perhatian & skrip janji telah ditulis selama 2 bulan.. theater musical untuk subjek English.. aku hanya diberi masa lebih 2 bulan saja untuk hadapi semua ini. ohh tuhan! ia sgt berat n membebankan.. 

Lastly, apa yang aku nak share dkt sini adalah.. jangan anggap kerja yang datang melimpah2 dekat kita tu sebagai satu dugaan. tetapi ujian.. kita harus bijak mengambil kesempatan dalam hidup ini jika tidak, ia akan jatuh ke tangan org lain pula. nak hasil yang besar, ujiannya pun mesti besar. kan?